Thursday, May 26, 2011

Pertama Kali


Sudah agak lama aku tidak menyumbangkan sebarang idea mahupun karya. Kurangnya masa mungkin boleh aku jadikan alasan walaupun semua orang mendapat masa yang sama iaitu 24jam!


Perkataan pertama kali....
Merujuk kepada ucapan, perbuatan, tanggapan dan segala macam perkara yang kita tidak pernah lakukan sebelum ianya dilakukan.


Pertama kali aku makan babat (perut lembu) dengan penuh rasa keinginan untuk makan adalah pada usia aku mencecah hampir 30 tahun. Walaupun bukanlah sesuatu yang amat sedap tapi sehingga hari ini aku masih boleh makan babat dengan berselera terutamanya jika dicicah dengan pencicah (campuran air rebusan babat, perahan limau nipis dan sambal/cili api yang ditumbuk). Mak dan kakak aku (Kak Lah) antara individu yang hebat membuat pencicah. Kenikmatan ini hanya diperolehi dengan sebab adanya pertama kali...sekarang dah berkali-kali.

Pertama kali...
Kerana simpati dan berkeinginan agar berlaku perubahan aku dengan tanpa segan memohon keampuan dan memohon diberi bantuan kepadaku dan manusia lain yang dinyatakan secara detail di dalam doa antara dua khutbah hari Jumaat. Itu pertama kali dilakukan untuk manusia tersebut...namun selepas itu aku sering melakukannya...kerana pertama kali sekarang dah jadi banyak kali.
Apa salahnya.
Kita memohon yang baik dari Allah. Semoga dimakbulkan.

Pertama kali...
Ada yang tidak begitu gembira dengan perlakuan aku yang suka menyenangkan manusia-manusia yang lain. Mungkin dilihat keterlaluan. Inilah antara kesukaran bila melakukan sesuatu pertama kali, ia sukar dilupakan begitu sahaja. Seperti jatuh cinta untuk pertama kali. Cuma mungkin kadang-kadang kita tertipu dengan mainan perasaan sendiri, kita sebenarnya lebih mudah jatuh suka, namun kita sering mengatakan yang kita telah jatuh cinta. Jika anda merasakan anda bukan berada pada tahap kekebalan yang boleh mempertahankan perinsip kehidupan anda, aku ingin mengatakan: lebih baik anda jangan melakukan perkara yang tidak pernah anda lakukan...maksudnya baru pertama kali. Anda akan menghadapi kesukaran pada diri anda sendiri dan juga memberi impak kepada manusia-manusia lain di sekitar kitaran anda.

Pertama kali...
Aku terjebak dengan mainan perasaan. Antara yang kadang-kadang menjelma di minda...H, S, L, A, R, N, SS...ini terjadi kerana ianya berlaku perkara-perkara pertama kali. Pertama kali merasa diri diingati dan dirindui...sebenarnya aku sendiri pun menghadapi perasaan dan keinginan yang sama. Walaupun tahu kelemahan sendiri namun pada pandangan rakan-rakan kelemahan itu adalah kelebihan aku. Malah ramai yang cuba mengorek rahsia bagaimana aku mendapat kelebihan itu. Hahahaha...aku sering gelak apabila ada yang bertanya, dengan rendah hati aku mengatakan itu bukan kelebihan malah lebih kepada kekurangan kerana ia boleh mengundang pelbagai andaian dan mainan perasaan.

Anda mungkin gembira jika kewujudan anda disenangi dan disukai, namun anda akan cepat terasa jika ada sesetengah manusia di dalam satu kelompok manusia tidak menyukai kehadiran atau kewujudan anda. Ia boleh menjadi satu cabaran seterusnya meningkatkan usaha anda untuk menyenagi sesetengah manusia itu tadi..seperti yang sering berlaku, usaha tangga kejayaan. Dan anda berjaya memenangi hati sesetengah manusia tadi. Maka di sini timbul keadaan pertama kali kepada sesetengah manusia tadi! Konflik jiwa akan bermula kembali dalam sejarah kehidupan anda! Ia bukan pertama kali anda menghadapi situasi sebegini. Jadi sentiasalah muhasabah diri, apa yang dicari dan atas tujuan apa ia dicari.

Pertama kali...
Adalah sesuatu yang indah untuk pertama kali...ianya tetap akan indah jika dilakukan berkali-kali. Namun jika perkara yang tidak baik dilakukan pertama kali. Cukuplah sekali...jangan diulangi kerana ia jadi semakin tidak salah jika sering dilakukan berkali-kali.
Bila ini berlaku, tiada lagi seri dan keindahan PERTAMA KALI..



Sunday, April 10, 2011

Pengalaman dan Batasan


Pengalaman tidak boleh dibeli, mencari pengalaman juga tidak mungkin akan ditemui. Pengalaman adalah apa yang dilalui.

Kadang-kadang aku pelik apabila penemuduga menolak permohonan pelajar yang baru menamatkan pembelajaran mereka di IPT dengan alasan tak ada pengalaman. Sudah semestinya mereka tiada pengalaman!!!

Pengalaman juga akan menyebabkan manusia lebih menghargai kehidupan dan tidak akan melupakan kematian. Ini kerana pengalaman memberi satu sistem pembelajaran yang tidak boleh diajar oleh mana-mana pusat pengajian formal.

Aku meninggalkan kampung halaman ketika memasuki tahun ke 16 kelahiran. Satu keputusan yang dilakukan dengan rakan karibku Kaswadi. Dia merupakan ketua pengawas sesi petang di SMG...memiliki tubuh badan dan rupa paras yang agk menarik menyebabkan ramai rakan-rakan perempuan menyukainya.

Aku?...

Menempek sebelah je, sekadar menumpang 'tuah'. Walau apapun keadaan aku pada ketika itu,aku juga berjaya mencuri perhatian...bukan sebab hensem tapi mungkin kerana suka menyampuk percakapan dan agak pandai dalam beberapa matapelajaran.

Beberapa rakan-rakan rapat aku semasa di SMG seperti Wadi, Arman Mat Kathib, Mek Yae, Ju, Bayeim, Lainon, Liza, Shimah, Che Derome, Shahbudin, Stopha, Ani Wakaf Raja, Rosnida Changgai, Zana dan mungkin banyak lagi nama yang aku dah terlupa...maafkan aku kawan-kawan.

Banyak kenangan dengan mereka semua terutamanya dengan Wadi, Arman, Yae/Rohasni, Ju/Juria dan Lainon. Boleh katakan kesemua rumah rakan-rakan rapat ini aku dah biasa bertandang sama ada semasa zaman persekolahan mahupun selepas tamat zaman itu. Mungkin juga ada 'kisah cinta' antara kami...hahahaha. Agak2 sapa ye..

Friday, January 1, 2010

Kemahuan, Kehendak atau Keperluan...

Banyak yang dicari dalam kehidupan walaupun pada hakikatnya masa kita terlalu pendek di dunia ini...Apa yang dicari! Untuk apa ianya dicari! Adakah sekadar untuk dijadikan perbandingan dengan rakan taulan atau mungkinkah untuk dibanggakan!!!

Rasanya tidak mungkin itu dijadikan sandaran sesuatu pencarian. Jika benar perkara yang dinyatakan di atas merupakan penyebab, maka sudah semestinya ia akan bertemu dengan noktah. Walhal pencarian sudah pasti tidak akan berhenti...kenapa? Ramai yang tidak menyedari atau sengaja tidak mahu mengakui...dari mana asal kita dan ke mana kembalinya kita, pada aku itulah pencarian yang sebenarnya. Jika dalam tempoh pencarian itu, ingatan tentang perkara pokok dijadikan asas maka Insyaallah pencarian kita berada pada landasan yang sepatutnya.

Semasa kecil hinggalah ke hari ini kita sering ditanya apa cita-cita atau harapan kita. Ini merupakan pencarian landasan yang kita tidak sedari. Pernahkah kita berfikir bahawa kita berada di pihak yang benar walhal pada hakikatnya ada pihak lain yang kita dakwa sebagai tidak benar juga mengatakan mereka juga berada di pihak yang benar! Siapa yang akan menentukan kebenarannya?

Adakah kita sekarang sedang mengejar Kemahuan, Kehendak atau Keperluan....

Sunday, November 29, 2009

Motivasi Hidup...

Bila mengenangkan zaman kanak-kanak dan usia remaja...memang sesuatu yang menggembirakan.Walhal di masa kejadian berlaku (zaman kanak-kanak) terasa sangat nak cepat besar agar dapat melakukan perkara-perkara yang sesuai dilakukan oleh 'orang besar' (dewasa). Benda-benda yang pada hakikatnya mendatangkan masalah apabila dewasa...nak ada makwe, nak ada kenderaan sendiri, nak rumah sendiri,bebas pegi sana sini dan bebas lakukan apa sahaja tanpa dimarahi oleh ibu bapa atau orang lebih tua. Kita langsung terlupa (sebenarnya tak tahu pun) bahawa kehidupan ini mempunyai 'undang-undang' dan 'peraturan'...walaupun mungkin bukan dari pihak berkuasa namun undang-undang pencipta tidak dapat dipertikai dan diabaikan.
Kehilangan seorang bapa pada usia semuda sepuluh tahun memang tidak dijangkakan...tetapi itulah hakikat yang aku lalui bersama seorang adik perempuan yang berusia satu tahun dan bersama seorang ibu muda-usia ibuku ketika kematian arwah bapa masih agak muda...tiga puluh sembilan tahun. Tinggal bersama juga seorang abang (anak ibuku) yang lima tahun lebih tua dariku.
Aku tidak pernah memiliki barang permainan yang mahal namun aku sentiasa boleh bermain barang-barang sepupuku...aku perlu memikirkan cara untuk mendekati dan memujuknya agar berkongsi bermain denganku yang mana secara tidak langsung membenarkan aku untuk 'memiliki' permainannya....motivasi!!
Aku tidak hebat dalam permainan kanak-kanak kampung seperti baling tin dengan bola - terdiri dari tin-tin susu terpakai yang disusun seperti piramid kemudian dibaling menggunakan bola plastik. Satu pihak akan berusaha menyusun tin...pada masa yang sama pihak lawan akan cuba mengenakan bola pada badan pihak satu lagi menggunakan apa-apa kaedah termasuk membaling. Jika berjaya kedua-dua piahak akan bertukar kedudukan. Seabagaimana yang aku katakan, aku tidak hebat namun ketepatan masa aku untuk berada di lokasi permainan pada masa yang sepatutnya membuatkan aku 'dihormati' dan diberi tempat dalam apa jua permainan...motivasi!!

Thursday, September 10, 2009

Musabaqah, Combat.......

Masa tahun 70an dulu Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa diadakan dalam bulan puasa. Waktu tu kat kampung aku tak ramai yang ada set TV kat rumah...salah sorang yang ada makcik aku..Maksu Timah. Bulan puasa secara tak langsung kami diberi 'cuti' sebulan dari mengaji Quran...tok guru mengaji aku Tok Wi (naib johan Qari peringkat Negeri Kelantan) pun akan lepak rumah maksu tengok musabaqah lepas solat tarawikh.

Itu yang best...yang tak berapa gemar bila ianya bertindih dengan rancangan kegemaran seperti siri Combat...askar Amerika lawan Askar Jerman, hero dia Sarjan Saunders, Six Million Dollar Man yang kuat dan boleh lari laju (tapi dalam TV tunjuk gambar slow...kira masa tu tengah laju le...apa daa), Man From Atlantis dan beberapa siri lagi. 

Combat

Combat TV Show Cast:

Vic Morrow ......... Sergeant Chip Saunders
Rick Jason ......... Lieutenant Gil Hanley
William Bryant ..... McCall
Tom Lowell ......... Billy Nelson
Jack Hogan ......... William G. Kirby
Dick Peabody ....... Little John

Pada kebiasaannya bila situasi pertindihan berlaku kami tetap berteleku depan tv (dok cokoh) kononnya mengharapkan rancangan musabaqah cepat tamat atau tetamu termasuk tok guru mengaji cepat balik...then baring...lepas tu tertidur terus. Biasanya akan dipapah untuk balik ke rumah....



Wednesday, September 9, 2009

Titisan Darah

Kehidupan dan kematian. Bukan satu penghijrahan malah satu kepastian yang akan terjadi kepada semua makhluk. Tiada apa yang peliknya dalam sekeping imajan yang dipamirkan di sini.
Img_0258_2Seorang cucu sedang menadah tangan memohon keampunan kepada datuk yang tak pernah bersua muka, hanya sekadar mewarisi titisan darah dalam urat sarafnya.
Seorang cucu yang membersihkan tanah kuburan dari rampai dan serangga tanpa tahu apa sebabnya...serta seorang cucu masih atas dokongan sekadar melihat tanpa tahu apa-apa.Sedikit renungan dan penelitian di sini diperlukan apakah yang ada dalam fikiran bapa yang membawa cucu ayahnya ke pusara atuknya....

Sesungguhnya apabila matinya anak adam itu maka terpisahlah dia dari segalanya melainkan tiga perkara yang dibawa bersama...amal kebajikan...ilmu yang berguna...doa dari anak yang soleh...DIMANAKAH KEDUDUKAN KITA!!!

Mengimbau Memori - Menjelang Raya

 Dulu pernah satu waktu masa umur belum baligh, kedatangan Ramadhan adalah sesuatu yang dinantikan. Ini kerana ia akan membawa 'pengertian' bahawa kami akan bercuti kelas mengaji al-Quran selama sebulan!
Lepas je waktu berbuka puasa terus melompat ke pangkin bawah rumah untuk menyiapkan pelita buluh (tapi biasanya kami gunakan botol-botol terpakai) botol budu biasanya menjadi kegemaran kami sebab bentuknya bulat dan 'leher' yang agak panjang. Cantik jika ditanam dalam tanah dengan muncung terkeluar di permukaan, ia kelihatan seakan-akan muntahan api dari tanah.
Habis kain perca atau batik sarung merangkap kain basahan di 'siek' untuk dijadikan sumbu. Paling bestnya...ayah yang pada kami merupakan manusia paling garang seakan-akan tidak menghiraukan kelaku kami...mungkin berkat bulan Ramadhan fikirku.
Mercun dan bunga api memang permainan kami...cuma masa tu takle ganas-ganas macam la ni. Kami buat sendiri guna lidi basikal yang dibengkokkan dan paku kecil yang dipotong sebagai penutup. Belerang dari batang mancis dijadikan bahan apinya...bila ketuk penutup paku pada permukaan keras ia akan mengeluarkan bunyi...kira kuat sikit dari mercun 'pops'.
Tarawikh memang kitaorang tak tinggal. Tapi solatnya ambik tang hujung je, waktu lain dihabiskan dengan main-main kat bawah Surau Tok Wan (sekarang dah jadi Masjid Tok Wan)...nanti akan ku ceritakan tentang Tok Wan di bahagian lain. Moreh selepas tarawikh akan disediakan secara bergilir-gilir antara jiran-jiran sekampung. Kami biasanya amat suka bila tiba time Maksu Timah (makcik aku) sebab dia masak sedap. Satu lagi bila time Pok Mat Chetong, selalunya dia masak mee sup atau kami panggil mee kkuoh...sampai kuahnya pun licin dikerjakan. Masa tu kami le jadi tukang rewang (jong kako)...biasanya aku, nuar ddazid, zamri tok wi, mat due pok su derome,mamat pok jid dan beberapa orang lagi. Kami biasanya akan lebih bersemangat bila ada anak dara kampung turut serta. Bestnya masa tu....