Bila mengenangkan zaman kanak-kanak dan usia remaja...memang sesuatu yang menggembirakan.Walhal di masa kejadian berlaku (zaman kanak-kanak) terasa sangat nak cepat besar agar dapat melakukan perkara-perkara yang sesuai dilakukan oleh 'orang besar' (dewasa). Benda-benda yang pada hakikatnya mendatangkan masalah apabila dewasa...nak ada makwe, nak ada kenderaan sendiri, nak rumah sendiri,bebas pegi sana sini dan bebas lakukan apa sahaja tanpa dimarahi oleh ibu bapa atau orang lebih tua. Kita langsung terlupa (sebenarnya tak tahu pun) bahawa kehidupan ini mempunyai 'undang-undang' dan 'peraturan'...walaupun mungkin bukan dari pihak berkuasa namun undang-undang pencipta tidak dapat dipertikai dan diabaikan.
Kehilangan seorang bapa pada usia semuda sepuluh tahun memang tidak dijangkakan...tetapi itulah hakikat yang aku lalui bersama seorang adik perempuan yang berusia satu tahun dan bersama seorang ibu muda-usia ibuku ketika kematian arwah bapa masih agak muda...tiga puluh sembilan tahun. Tinggal bersama juga seorang abang (anak ibuku) yang lima tahun lebih tua dariku.
Aku tidak pernah memiliki barang permainan yang mahal namun aku sentiasa boleh bermain barang-barang sepupuku...aku perlu memikirkan cara untuk mendekati dan memujuknya agar berkongsi bermain denganku yang mana secara tidak langsung membenarkan aku untuk 'memiliki' permainannya....motivasi!!
Aku tidak hebat dalam permainan kanak-kanak kampung seperti baling tin dengan bola - terdiri dari tin-tin susu terpakai yang disusun seperti piramid kemudian dibaling menggunakan bola plastik. Satu pihak akan berusaha menyusun tin...pada masa yang sama pihak lawan akan cuba mengenakan bola pada badan pihak satu lagi menggunakan apa-apa kaedah termasuk membaling. Jika berjaya kedua-dua piahak akan bertukar kedudukan. Seabagaimana yang aku katakan, aku tidak hebat namun ketepatan masa aku untuk berada di lokasi permainan pada masa yang sepatutnya membuatkan aku 'dihormati' dan diberi tempat dalam apa jua permainan...motivasi!!
No comments:
Post a Comment