Friday, January 1, 2010

Kemahuan, Kehendak atau Keperluan...

Banyak yang dicari dalam kehidupan walaupun pada hakikatnya masa kita terlalu pendek di dunia ini...Apa yang dicari! Untuk apa ianya dicari! Adakah sekadar untuk dijadikan perbandingan dengan rakan taulan atau mungkinkah untuk dibanggakan!!!

Rasanya tidak mungkin itu dijadikan sandaran sesuatu pencarian. Jika benar perkara yang dinyatakan di atas merupakan penyebab, maka sudah semestinya ia akan bertemu dengan noktah. Walhal pencarian sudah pasti tidak akan berhenti...kenapa? Ramai yang tidak menyedari atau sengaja tidak mahu mengakui...dari mana asal kita dan ke mana kembalinya kita, pada aku itulah pencarian yang sebenarnya. Jika dalam tempoh pencarian itu, ingatan tentang perkara pokok dijadikan asas maka Insyaallah pencarian kita berada pada landasan yang sepatutnya.

Semasa kecil hinggalah ke hari ini kita sering ditanya apa cita-cita atau harapan kita. Ini merupakan pencarian landasan yang kita tidak sedari. Pernahkah kita berfikir bahawa kita berada di pihak yang benar walhal pada hakikatnya ada pihak lain yang kita dakwa sebagai tidak benar juga mengatakan mereka juga berada di pihak yang benar! Siapa yang akan menentukan kebenarannya?

Adakah kita sekarang sedang mengejar Kemahuan, Kehendak atau Keperluan....

1 comment:

  1. sekarang ni kemahuan, kehendak n keperluan dah jadi nak sama taraf p.me..huhu

    ReplyDelete