Wednesday, September 9, 2009

Mengimbau Memori - Menjelang Raya

 Dulu pernah satu waktu masa umur belum baligh, kedatangan Ramadhan adalah sesuatu yang dinantikan. Ini kerana ia akan membawa 'pengertian' bahawa kami akan bercuti kelas mengaji al-Quran selama sebulan!
Lepas je waktu berbuka puasa terus melompat ke pangkin bawah rumah untuk menyiapkan pelita buluh (tapi biasanya kami gunakan botol-botol terpakai) botol budu biasanya menjadi kegemaran kami sebab bentuknya bulat dan 'leher' yang agak panjang. Cantik jika ditanam dalam tanah dengan muncung terkeluar di permukaan, ia kelihatan seakan-akan muntahan api dari tanah.
Habis kain perca atau batik sarung merangkap kain basahan di 'siek' untuk dijadikan sumbu. Paling bestnya...ayah yang pada kami merupakan manusia paling garang seakan-akan tidak menghiraukan kelaku kami...mungkin berkat bulan Ramadhan fikirku.
Mercun dan bunga api memang permainan kami...cuma masa tu takle ganas-ganas macam la ni. Kami buat sendiri guna lidi basikal yang dibengkokkan dan paku kecil yang dipotong sebagai penutup. Belerang dari batang mancis dijadikan bahan apinya...bila ketuk penutup paku pada permukaan keras ia akan mengeluarkan bunyi...kira kuat sikit dari mercun 'pops'.
Tarawikh memang kitaorang tak tinggal. Tapi solatnya ambik tang hujung je, waktu lain dihabiskan dengan main-main kat bawah Surau Tok Wan (sekarang dah jadi Masjid Tok Wan)...nanti akan ku ceritakan tentang Tok Wan di bahagian lain. Moreh selepas tarawikh akan disediakan secara bergilir-gilir antara jiran-jiran sekampung. Kami biasanya amat suka bila tiba time Maksu Timah (makcik aku) sebab dia masak sedap. Satu lagi bila time Pok Mat Chetong, selalunya dia masak mee sup atau kami panggil mee kkuoh...sampai kuahnya pun licin dikerjakan. Masa tu kami le jadi tukang rewang (jong kako)...biasanya aku, nuar ddazid, zamri tok wi, mat due pok su derome,mamat pok jid dan beberapa orang lagi. Kami biasanya akan lebih bersemangat bila ada anak dara kampung turut serta. Bestnya masa tu....

No comments:

Post a Comment