Sunday, November 29, 2009

Motivasi Hidup...

Bila mengenangkan zaman kanak-kanak dan usia remaja...memang sesuatu yang menggembirakan.Walhal di masa kejadian berlaku (zaman kanak-kanak) terasa sangat nak cepat besar agar dapat melakukan perkara-perkara yang sesuai dilakukan oleh 'orang besar' (dewasa). Benda-benda yang pada hakikatnya mendatangkan masalah apabila dewasa...nak ada makwe, nak ada kenderaan sendiri, nak rumah sendiri,bebas pegi sana sini dan bebas lakukan apa sahaja tanpa dimarahi oleh ibu bapa atau orang lebih tua. Kita langsung terlupa (sebenarnya tak tahu pun) bahawa kehidupan ini mempunyai 'undang-undang' dan 'peraturan'...walaupun mungkin bukan dari pihak berkuasa namun undang-undang pencipta tidak dapat dipertikai dan diabaikan.
Kehilangan seorang bapa pada usia semuda sepuluh tahun memang tidak dijangkakan...tetapi itulah hakikat yang aku lalui bersama seorang adik perempuan yang berusia satu tahun dan bersama seorang ibu muda-usia ibuku ketika kematian arwah bapa masih agak muda...tiga puluh sembilan tahun. Tinggal bersama juga seorang abang (anak ibuku) yang lima tahun lebih tua dariku.
Aku tidak pernah memiliki barang permainan yang mahal namun aku sentiasa boleh bermain barang-barang sepupuku...aku perlu memikirkan cara untuk mendekati dan memujuknya agar berkongsi bermain denganku yang mana secara tidak langsung membenarkan aku untuk 'memiliki' permainannya....motivasi!!
Aku tidak hebat dalam permainan kanak-kanak kampung seperti baling tin dengan bola - terdiri dari tin-tin susu terpakai yang disusun seperti piramid kemudian dibaling menggunakan bola plastik. Satu pihak akan berusaha menyusun tin...pada masa yang sama pihak lawan akan cuba mengenakan bola pada badan pihak satu lagi menggunakan apa-apa kaedah termasuk membaling. Jika berjaya kedua-dua piahak akan bertukar kedudukan. Seabagaimana yang aku katakan, aku tidak hebat namun ketepatan masa aku untuk berada di lokasi permainan pada masa yang sepatutnya membuatkan aku 'dihormati' dan diberi tempat dalam apa jua permainan...motivasi!!

Thursday, September 10, 2009

Musabaqah, Combat.......

Masa tahun 70an dulu Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa diadakan dalam bulan puasa. Waktu tu kat kampung aku tak ramai yang ada set TV kat rumah...salah sorang yang ada makcik aku..Maksu Timah. Bulan puasa secara tak langsung kami diberi 'cuti' sebulan dari mengaji Quran...tok guru mengaji aku Tok Wi (naib johan Qari peringkat Negeri Kelantan) pun akan lepak rumah maksu tengok musabaqah lepas solat tarawikh.

Itu yang best...yang tak berapa gemar bila ianya bertindih dengan rancangan kegemaran seperti siri Combat...askar Amerika lawan Askar Jerman, hero dia Sarjan Saunders, Six Million Dollar Man yang kuat dan boleh lari laju (tapi dalam TV tunjuk gambar slow...kira masa tu tengah laju le...apa daa), Man From Atlantis dan beberapa siri lagi. 

Combat

Combat TV Show Cast:

Vic Morrow ......... Sergeant Chip Saunders
Rick Jason ......... Lieutenant Gil Hanley
William Bryant ..... McCall
Tom Lowell ......... Billy Nelson
Jack Hogan ......... William G. Kirby
Dick Peabody ....... Little John

Pada kebiasaannya bila situasi pertindihan berlaku kami tetap berteleku depan tv (dok cokoh) kononnya mengharapkan rancangan musabaqah cepat tamat atau tetamu termasuk tok guru mengaji cepat balik...then baring...lepas tu tertidur terus. Biasanya akan dipapah untuk balik ke rumah....



Wednesday, September 9, 2009

Titisan Darah

Kehidupan dan kematian. Bukan satu penghijrahan malah satu kepastian yang akan terjadi kepada semua makhluk. Tiada apa yang peliknya dalam sekeping imajan yang dipamirkan di sini.
Img_0258_2Seorang cucu sedang menadah tangan memohon keampunan kepada datuk yang tak pernah bersua muka, hanya sekadar mewarisi titisan darah dalam urat sarafnya.
Seorang cucu yang membersihkan tanah kuburan dari rampai dan serangga tanpa tahu apa sebabnya...serta seorang cucu masih atas dokongan sekadar melihat tanpa tahu apa-apa.Sedikit renungan dan penelitian di sini diperlukan apakah yang ada dalam fikiran bapa yang membawa cucu ayahnya ke pusara atuknya....

Sesungguhnya apabila matinya anak adam itu maka terpisahlah dia dari segalanya melainkan tiga perkara yang dibawa bersama...amal kebajikan...ilmu yang berguna...doa dari anak yang soleh...DIMANAKAH KEDUDUKAN KITA!!!

Mengimbau Memori - Menjelang Raya

 Dulu pernah satu waktu masa umur belum baligh, kedatangan Ramadhan adalah sesuatu yang dinantikan. Ini kerana ia akan membawa 'pengertian' bahawa kami akan bercuti kelas mengaji al-Quran selama sebulan!
Lepas je waktu berbuka puasa terus melompat ke pangkin bawah rumah untuk menyiapkan pelita buluh (tapi biasanya kami gunakan botol-botol terpakai) botol budu biasanya menjadi kegemaran kami sebab bentuknya bulat dan 'leher' yang agak panjang. Cantik jika ditanam dalam tanah dengan muncung terkeluar di permukaan, ia kelihatan seakan-akan muntahan api dari tanah.
Habis kain perca atau batik sarung merangkap kain basahan di 'siek' untuk dijadikan sumbu. Paling bestnya...ayah yang pada kami merupakan manusia paling garang seakan-akan tidak menghiraukan kelaku kami...mungkin berkat bulan Ramadhan fikirku.
Mercun dan bunga api memang permainan kami...cuma masa tu takle ganas-ganas macam la ni. Kami buat sendiri guna lidi basikal yang dibengkokkan dan paku kecil yang dipotong sebagai penutup. Belerang dari batang mancis dijadikan bahan apinya...bila ketuk penutup paku pada permukaan keras ia akan mengeluarkan bunyi...kira kuat sikit dari mercun 'pops'.
Tarawikh memang kitaorang tak tinggal. Tapi solatnya ambik tang hujung je, waktu lain dihabiskan dengan main-main kat bawah Surau Tok Wan (sekarang dah jadi Masjid Tok Wan)...nanti akan ku ceritakan tentang Tok Wan di bahagian lain. Moreh selepas tarawikh akan disediakan secara bergilir-gilir antara jiran-jiran sekampung. Kami biasanya amat suka bila tiba time Maksu Timah (makcik aku) sebab dia masak sedap. Satu lagi bila time Pok Mat Chetong, selalunya dia masak mee sup atau kami panggil mee kkuoh...sampai kuahnya pun licin dikerjakan. Masa tu kami le jadi tukang rewang (jong kako)...biasanya aku, nuar ddazid, zamri tok wi, mat due pok su derome,mamat pok jid dan beberapa orang lagi. Kami biasanya akan lebih bersemangat bila ada anak dara kampung turut serta. Bestnya masa tu....